Sabtu, 1 April 2017

Selasa, 28 Mac 2017

 CABARAN SEBAGAI SUKARELAWAN...

1. Sebelum bercerita tentang cabaran menjadi sukarelawan, terlebih dahulu kita perlu mendifinasikan maksud sukarelawan. Kata dasarnya ialah Suka + Rela yang membawa maksud kecenderungan kita untuk melakukan sesuatu aktiviti (kerja) secara rela tanpa dipaksa.

2. Pun begitu adakala seseorang perlu dipaksa untuk mengikuti gerakan sukarela sebelum dirinya sendiri merasakan bahawa penglibatannya dalam program sedemikian sebenarnya sangat sesuai dengan jiwanya.

3. Walaubagaimana cara sekalipun kita terlibat dengan gerakan sukarela pasti pada satu ketika kita akan menilai semula penyertaan kita.

4. Tidak semestinya penilaian semula itu berunsur negetif iaitu kita mendapati sesuatu yang tidak wajar dalam penglibatan kita, tetapi lebih kepada merenung kembali sejauhmana kita telah mencurahkan bakti dan yang paling penting sumbangan ini telah sedikit-sebanyak memberikan manfaat kepada masyarakat.

5. Sering kali penialian semula ini dilakukan kerana kita merasakan masa dan tenaga yang kita curahkan tidak berbaloi dengan hasilan atau manfaat yang dapat dirasakan oleh golongan sasar program yang kita lakukan.

6. Pengiktirafan walaupun perlu bukanlah sesuatu yang sangat-sangat diharapkan dalam kerja-kerja sukarela. Matlamat dan sasaran pencapaian tertentu adalah lebih penting dalam mengukur kejayaan sesuatu kerja-kerja sukarela. Kegagalan mencapai matlamat menjadikan sebahagian sukarelawan berasa kecewa dan mudah menarik diri dari gerakan ini.

7. Kekakangan lain seperti sara hidup juga merupakan halangan dan cabaran besar dalam gerakan sukarelawan.

8. Masyarakat Barat memahami masalah ini dan atas sebab keperihatinan ini maka wujud perkhidmatan sukarelawan yang dibayar gaji atau 'Paid Volunteer'. Pada asasnya mereka ini adalah golongan yang menawarkan diri secara sukarela untuk berkhidmatan dibawah satu-satu organisasi sukarela.

9. Memahami keperluan kehidupan kita sebagai manusia, skim perkhidmatan seperti ini diadakan bagi menggalakan penyertaan lebih ramai para sukarelawan dalam projek-projek khidmat masyarakat. Di Malaysia perkara yang sama telah dan sedang dilakukan, dimana labih ramai pekerja sosial sukarela dibayar elaun sara hidup.

10. Rasionalna begini... cuba bayangkan seseorang yang tidak menerima apa-apa imbuhan daripada kerja-kerja sosial masih boleh melakukan pelbagai perkara demi kepentingan orang ramai yang memerlukan bantuan. Walaupun dirinya dalam kekangan untuk mencari nafkah untuk kehidupan seharian, masih ramai sukarelawan rela melakukan kerja-kerja sosial secara percuma malahan sanggup pada ketika tertentu membelanjakan pendapatan sendiri untuk kegunaan orang lain.

11. Cuba bayangkan juga sukarelawan yang melakukan kerja-kerja sosial tanpa ada ruang dan masa untuk mencari pendapatan bagi nafkah diri. Sejauhmanakah dia berupaya untuk terus mencurahkan bakti kepada masyarakat?

12. Benar, dihati mereka sememangnya ada semangat untuk terus berbakti, namun apakan daya kehidupan memerlukan sesuap nasi dan seteguk air untuk memastikan kelangsungan diri. Malah perlu juga ada hiburan dan pakaian untuk sentiasa berada dalam keadaan yang ceria dan bersemangat. Bayangkan kita terus melakukan kerja-kerja sukarela dalam keadaan sebegini, tidak punai pendapatan tetap malahan sentiasa mengharapka belas ehsan orang lain? tentunya kerja-kerja kita seolah-olah tidak mempunyai makna dan sumbangan bukan lagi dari hati yang ikhlas tetapi mengharapkan balasan.

13. Cabaran-cabaran sebegini yang akhirnya melemahkan semangat suakrelawan-sukarelawan kita. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk menumpukan keutamaan mereka terhadap kehidupan. Maka masyarakat kehilangan tenaga dan khidmat seorang sukarelawan.

14. Kebelakangan ini beberapa badan-badan sukarela telah mula membayar upah/gaji kepada sukarelawan untuk mereka meneruskan dan memusatkan tumpuan terhadap kerja sukarela dan pengembangan gerakan ini. Walaupun bayaran yang diberikan adalah secara minima tatpi ianya sangatlah penting dalam menyuburkan gerakan-gerekan seperti ini.

15. Tenaga sukarela kita sebenarnya banyak dihadkan oleh perkara-perkara seperti ini. Selain itu hal-hal yang berkaitan tanggungjawab terhadap keluarga juga menjadi penghalang kepada kelangsungan penyertaan seseorang dalam gerakan sukarela.

16. Seorang wanita yang bersuami misalnya, akan beralih tanggungjawab untuk menguruskan rumahtangga dan menjadi seorang isteri yang baik. Kesibukan dalam tugas baru sudah tentu menghalang diri daripada kegitan sukarela.

17. Demikian juga seorang suami yang terpaksa memikirkan untuk menambah pendapatan bagi menampung tanggungjawab baru sebagai ketua keluarga. Ini belum lagi ditambah dengan kehadiran tentera kecil dalam keluarga yang tentunya akan meningkatkan perbelanjaan keluarga.

18. Kerana itulah ramai para sukarelawan meninggalkan kerja-kerja sosial pada ketika usia tenaga dan sumbangan mereka sangat diperlukan.

29. Bagaimanapun secara lazimnya, sekali terlibat dan jatuh hati dalam kerja-kerja sosial ini, kita akan sentiasa mengenangnya dan menyimpan perasaan untuk terus kembali aktif pada satu ketika nanti.

30. Namun keinginan kita sekiranya terlaksana pastinya mendatangkan sedikit kekesalan kerana pada usia tertentu kita tidak lagi selicah dan bertenaga seperti suatu masa dahulu. Apapun, kerja-kerja sukarela tentunya memberikan kepuasan diri yang sukar digambarkan dengan kata-kata.

31. Hanya mereka yang pernah terlibat dan mengalami sendiri dalam kegiatan kesukarelawanan ini sahaja yang dapat memahami kegembiraan dan kemuncak kepuasan dalam melaksanakan tanggungjawab memberikan kehimdat sosial kepada mereka yang memerlukan.

wassalam...

Jamuan Makan.... Lokasi Jeti semeling...
25 mac 2017....

Isnin, 27 Mac 2017




 Skuad Sukarelawan Kebajikan Insan...


Tambah kapsyen























Mesyuarat dan pendaftaran keahlian ke Skuad sukarelawan Kebajikan Insan SSKI yang bertempat di Resturan Jeti Semeling pada 25 Mac 2017. Majlis disambut dengan meriah serta dihadiri oleh otai otai DEVICE.. yang hadir dan menyertai SSKI... Tahniah.

Semoga SSKI terus kehadapan sebagai sukarelawan yang dapat berbakti kepada masyarakat..

Majlis berbuka puasa bersama anak yatim penghulu him & che bema.

https://youtu.be/a46ET_8ZOKg