CABARAN SEBAGAI SUKARELAWAN...
1. Sebelum bercerita tentang cabaran menjadi sukarelawan, terlebih
dahulu kita perlu mendifinasikan maksud sukarelawan. Kata dasarnya
ialah Suka + Rela yang membawa maksud kecenderungan kita untuk melakukan
sesuatu aktiviti (kerja) secara rela tanpa dipaksa.
2. Pun
begitu adakala seseorang perlu dipaksa untuk mengikuti gerakan sukarela
sebelum dirinya sendiri merasakan bahawa penglibatannya dalam program
sedemikian sebenarnya sangat sesuai dengan jiwanya.
3.
Walaubagaimana cara sekalipun kita terlibat dengan gerakan sukarela
pasti pada satu ketika kita akan menilai semula penyertaan kita.
4.
Tidak semestinya penilaian semula itu berunsur negetif iaitu kita
mendapati sesuatu yang tidak wajar dalam penglibatan kita, tetapi
lebih kepada merenung kembali sejauhmana kita telah mencurahkan bakti
dan yang paling penting sumbangan ini telah sedikit-sebanyak memberikan
manfaat kepada masyarakat.
5. Sering kali penialian semula ini
dilakukan kerana kita merasakan masa dan tenaga yang kita curahkan tidak
berbaloi dengan hasilan atau manfaat yang dapat dirasakan oleh golongan
sasar program yang kita lakukan.
6. Pengiktirafan walaupun perlu
bukanlah sesuatu yang sangat-sangat diharapkan dalam kerja-kerja
sukarela. Matlamat dan sasaran pencapaian tertentu adalah lebih penting
dalam mengukur kejayaan sesuatu kerja-kerja sukarela. Kegagalan mencapai
matlamat menjadikan sebahagian sukarelawan berasa kecewa dan mudah
menarik diri dari gerakan ini.
7. Kekakangan lain seperti sara hidup juga merupakan halangan dan cabaran besar dalam gerakan sukarelawan.
8.
Masyarakat Barat memahami masalah ini dan atas sebab keperihatinan ini
maka wujud perkhidmatan sukarelawan yang dibayar gaji atau 'Paid Volunteer'.
Pada asasnya mereka ini adalah golongan yang menawarkan diri secara
sukarela untuk berkhidmatan dibawah satu-satu organisasi sukarela.
9.
Memahami keperluan kehidupan kita sebagai manusia, skim perkhidmatan
seperti ini diadakan bagi menggalakan penyertaan lebih ramai para
sukarelawan dalam projek-projek khidmat masyarakat. Di Malaysia perkara
yang sama telah dan sedang dilakukan, dimana labih ramai pekerja sosial
sukarela dibayar elaun sara hidup.
10. Rasionalna begini... cuba
bayangkan seseorang yang tidak menerima apa-apa imbuhan daripada
kerja-kerja sosial masih boleh melakukan pelbagai perkara demi
kepentingan orang ramai yang memerlukan bantuan. Walaupun dirinya dalam
kekangan untuk mencari nafkah untuk kehidupan seharian, masih ramai
sukarelawan rela melakukan kerja-kerja sosial secara percuma malahan
sanggup pada ketika tertentu membelanjakan pendapatan sendiri untuk
kegunaan orang lain.
11. Cuba bayangkan juga sukarelawan yang
melakukan kerja-kerja sosial tanpa ada ruang dan masa untuk mencari
pendapatan bagi nafkah diri. Sejauhmanakah dia berupaya untuk terus
mencurahkan bakti kepada masyarakat?
12. Benar, dihati mereka
sememangnya ada semangat untuk terus berbakti, namun apakan daya
kehidupan memerlukan sesuap nasi dan seteguk air untuk memastikan
kelangsungan diri. Malah perlu juga ada hiburan dan pakaian untuk
sentiasa berada dalam keadaan yang ceria dan bersemangat. Bayangkan kita
terus melakukan kerja-kerja sukarela dalam keadaan sebegini, tidak
punai pendapatan tetap malahan sentiasa mengharapka belas ehsan orang
lain? tentunya kerja-kerja kita seolah-olah tidak mempunyai makna dan
sumbangan bukan lagi dari hati yang ikhlas tetapi mengharapkan balasan.
13.
Cabaran-cabaran sebegini yang akhirnya melemahkan semangat
suakrelawan-sukarelawan kita. Akhirnya mereka mengambil keputusan untuk
menumpukan keutamaan mereka terhadap kehidupan. Maka masyarakat
kehilangan tenaga dan khidmat seorang sukarelawan.
14.
Kebelakangan ini beberapa badan-badan sukarela telah mula membayar
upah/gaji kepada sukarelawan untuk mereka meneruskan dan memusatkan
tumpuan terhadap kerja sukarela dan pengembangan gerakan ini. Walaupun
bayaran yang diberikan adalah secara minima tatpi ianya sangatlah
penting dalam menyuburkan gerakan-gerekan seperti ini.
15. Tenaga
sukarela kita sebenarnya banyak dihadkan oleh perkara-perkara seperti
ini. Selain itu hal-hal yang berkaitan tanggungjawab terhadap keluarga
juga menjadi penghalang kepada kelangsungan penyertaan seseorang dalam
gerakan sukarela.
16. Seorang wanita yang bersuami misalnya, akan
beralih tanggungjawab untuk menguruskan rumahtangga dan menjadi seorang
isteri yang baik. Kesibukan dalam tugas baru sudah tentu menghalang
diri daripada kegitan sukarela.
17. Demikian juga seorang suami
yang terpaksa memikirkan untuk menambah pendapatan bagi menampung
tanggungjawab baru sebagai ketua keluarga. Ini belum lagi ditambah
dengan kehadiran tentera kecil dalam keluarga yang tentunya akan meningkatkan perbelanjaan keluarga.
18.
Kerana itulah ramai para sukarelawan meninggalkan kerja-kerja sosial
pada ketika usia tenaga dan sumbangan mereka sangat diperlukan.
29.
Bagaimanapun secara lazimnya, sekali terlibat dan jatuh hati dalam
kerja-kerja sosial ini, kita akan sentiasa mengenangnya dan menyimpan
perasaan untuk terus kembali aktif pada satu ketika nanti.
30.
Namun keinginan kita sekiranya terlaksana pastinya mendatangkan sedikit
kekesalan kerana pada usia tertentu kita tidak lagi selicah dan
bertenaga seperti suatu masa dahulu. Apapun, kerja-kerja sukarela
tentunya memberikan kepuasan diri yang sukar digambarkan dengan
kata-kata.
31. Hanya mereka yang pernah terlibat dan mengalami
sendiri dalam kegiatan kesukarelawanan ini sahaja yang dapat memahami
kegembiraan dan kemuncak kepuasan dalam melaksanakan tanggungjawab
memberikan kehimdat sosial kepada mereka yang memerlukan.
wassalam...
Skuad sukarelawan kebajikan Insan adalah sebuah kelab yang ditubuhkan khas untuk memberi khidmat masyarakat kepada mereka yang memerlukan bantuan tidak mengira bangsa dan agama. Selain itu, setiap ahli dibekalkan dengan pelbagai asas teknik bantuan bagi memenuhi keperluan sebagai sukarelawan.
Selasa, 28 Mac 2017
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Majlis berbuka puasa bersama anak yatim penghulu him & che bema.
https://youtu.be/a46ET_8ZOKg
-
Seluruh ahli Skuad sukarelawan Kebajikan Insan SSKI mengucapkan takziah kepada En Yusuff LB14 diatas kematian ayahda beliau pada 23 Mac 20...
-
http://utaranews.com/2017/05/sekumpulan-lelaki-tanggung-malu-ditarbiah-skuad-badar-kerana-bermain-judi.html/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan